26 October 2013

Set Menambah Berat Badan

Assalamu'alaikum w.b.t

Mari mendepani hari dengan penuh semangat.. yea.. semoga Allah membantu kita mengharungi setiap ujiannya dalam kehidupan kita.. ujian Allah itu tanda kasih sayangNya untuk menjadikan kita lebih kuat...

Hari ini saya nak share sedikit info berkenaan kurang berat badan. Macamana nak tahu kita kurang berat badan?

  1. Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
  2. kita mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi
  3. kita mengalami kekurangan berat badan akibat masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
Kekurangan berat badan boleh menyebabkan mudah mendapat penyakit, sukar sembuh sekiranya sakit, hormon tidak stabil, cepat letih, kurang daya tumpuan dan kekurangan zat

Macaman nak tambah berat badan?

  1. Kira keperluan kalori seharian kita atau DCR. DCR kita bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian
  2. Catat pelan pemakanan am kita. Senaraikan makanan dan minuman yang kita biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Boleh rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori kita setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau kita malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, kita wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting kita tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.

Set berikut merupakan suplemen penambah berat yang sesuai untuk diambil :-


Mealshake 
  • Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.
  • Protein penting untuk tambah berat sebab protein bantu badan bina sel, bila nak tambah berat, pasti ada penambahan sel.
  • Fungsi organ jadi lebih efektif sbb protein bantu organ menjalankan tugasnya, contoh usus serap nutrien makanan.
  • Ia juga membantu menambah selera makan.


Vita-Lea :
  • Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah, banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat.
  • Bila darah lancar, nutrien boleh disebarkan secara berkesan dalam badan dan semua sel sihat dan membesar dengan baik.


B-Complex:
  • Kekurangan Vitamin B1 boleh menyebabkan kurang selera makan. Pengambilan B1 (Thiamine) boleh baiki selera makan. Keperluan Thiamine adalah 5mg hingga 30mg dan mungkin meningkat kepada 300mg.



Rujukan:

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


No comments: