30 September 2013

Peppermint-Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan dibawah prosuder standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman



Manfaat Utama:

  • Pudina: Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan sakit gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus
  • Halia: Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika perjalanan/pengembaraan
  • Pokok Adas (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus
  • Cekur Manis (anise): Digunakan oleh orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Cadangan:
Membantu penghadaman   :
3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut     :
Larutkan 3 biji peppermint Ginger dan 10 biji alfalfa di dalam air panas suam  untuk diminum

Merawat sakit atau masalah gastrik, nusea, batuk          : 
3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

Kelegaan tekak, batuk, sendawa  :
Hisap 2 biji


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


No comments: