21 December 2013

batu hempedu

Assalamualaikum teman. semoga hari ini lebih baik dari semalam. hari ini genap 8 hari meneman suami di kpj selangor. pagi ni nak share sikit info berkenaan batu hempedu

Apa fungsi pundi hempedu?


Hempedu atau dalam bahasa inggerisnya "gallbladder" merupakan organ badan kecil yang penting bagi penghadaman lemak dan memekatkan hempedu yang dihasilkan oleh hati. apabila makanan berlemak memasuki saluran penghadaman, ia merangsang rembesan kolesistokinin. sebagai tindak balas pundi hempedu yang menyimpan hempedu membebaskan kandungannya ke dalam duodenum. hempedu ini dihasilkan dalam hati, mengemulsi lemak dalam makanan separa hadam. semasa simpanan dalam pundi hempedu, ia menjadi semakin pekat yang meningkatkan keberkesanannya pada lemak. Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan.

Bagaimana batu hempedu terhasil?
 Hati menghasilkan hempedu, sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan kimia lain. ia disimpan didalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak didalam usus kecil. Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Apa tanda-tandanya?

  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan. Serangan batu hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa. Ada ketikanya, batu hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas. Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.


Siapa yang berisiko?

  • Wanita berumur diantara 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Indeks jisim tubuh (BMI) meningkat
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu hempedu.
  • Kebarangkalian meningkat seiring usia anda


Adakah batu hempedu mempunyai jenis yang berbeza?
Ya. Terdapat beberapa jenis batu hempadu seperti berikut:

  1. Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  2. Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  3. Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.


Bagaimana cara diagnosis?
kebanyakan batu karang hempedu lebih-lebih lagi yang tidak menunjukkan tanda-tanda atau simptom-simptom, dikesan sewaktu ujian dijalankan - termasuk ujian ultrasound atau imbasan tomografi berkomputer - yang dilakukan atas sebab-sebab lain. Jika terdapat tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit batu karang hempedu, doktor akan mengesyaki kehadiran penyakit tersebut berdasarkan latar belakang perubatan keluarga dan pemeriksaan fizikal. 


  1. memeriksa jaundis di kulit atau keputihan di mata
  2. Memeriksa abdomen secara palpasi untuk melihat sama ada ia akan terasa sakit apabila disentuh
  3. Melakukan ujian darah untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik atau hati yang tidak normal, atau bilirubin yang berlebihan.

Rawatan
Untuk merawat masalah batu hempedu ini, terdapat jenis rawatan melalui pemebedahan dan bukan pembedahan.
Rawatan melalaui pembedahan terbahagi kepada 2

  1. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  2. Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Rawatan bukan pembedahan terbahagi kepada beberapa jenis

  1. Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  2. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan
Terdapat juga teknik-teknik rawatan alternatif yang dicadangkan untuk merawat batu hempedu ini. Antaranya adalah seperti didalam halaman berikut:



Produk shaklee yang dicadangkan untuk pesakit batu hempedu ini adalah

Omega guard : membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Alfalfa : mengurangkan inflamasi & infeksi

Lecithin : mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

Ostematrix : mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman



Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

Rujukan:
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-709043.html

20 December 2013

Moga tabah menghadapi ujian kesakitan

Assalamu'alaikum teman.. Salam Jumaat mubarak.. Jumaat kembali lagi.. Hari ini genaplah seminggu menjejakkan kaki di KPJ Selangor ini.. encik suami masih bertarung melawan kesakitan.. mudah-mudahan Allah segera hilangkan kesakitannya dan memberikannya kesembuhan dan kesihatan yang baik..

Sejak hari rabu minggu lepas, suami mengadu sakit perut seperti gastrik. Seperti biasa suami membeli ubat gastrik. Tetapi sakit tidak kunjung reda. En suami pun pergi ke klinik. Doktor bagi ubat gastrik dan mengambil sampel darah untuk ujian memandangkan suami memang ada rekod ujian darah di klinik yang sama di mana hasil ujian menunjukkan bilangan darah putih yang tinggi. Balik ke rumah, makan ubat gestrik tapi tidak juga reda. Masalah yang tidak pernah dilalui sebelum ini. Syor terbaik yang boleh diberi kepada en suami ialah pergi ke hospital. Pada pagi hari jumaat en suami pergi ke klinik yang lain.. Doktor bagi ubat gastrik suntikan.. Setelah 5 minit, tetapi sakit tidak juga surut, doktok mengesyaki en suami bukan mengalami sakit gastrik. Doktor bagi surat rujuk ke hospital. 

Pagi itu juga saya memandu kereta bawa suami ke Hospital Sg. Buluh. Ok, jujurnya, saya tak tau mana nak dituju. Main redah je. Masuk hospital jumpa klinik pakar, tunjuk surat doktor. Nurse suruh ke bahagian kecemasan. Ok, agak jauh kene berjalan untuk ke bahagian kecemasan. Tanya en suami nak kerusi roda ke? dia kata ok lagi.. Sampai kat bahagian kecemasan pun redah juga ke kaunter pendaftaran. rupa-rupanya kene pergi kaunter saringan dulu. Ok, positif..positif.. pergi ke bahagian saringan, ambil no dan tunggu.. agak ramai org. masuk bilik pemeriksaan, pegawai bertugas tanya sakit kat mana, bila, bla..bla... bole tahan ke x.. dia pun bagi se-das ubat tahan sakit dan daftar kat kaunter pendaftaran.. menunggu sangatlah lama.. sampai ngantuk-ngantuk.. kesian kat en suami yang menahan kesakitan.. kecemasan yang tak berapa cemas memandangkan en suami dikategorikan dalam zon hijau.. dah tengahari baru sampai turn.. memandangkan bilik kecil, saya tak dapat masuk.. doktor ambil darah, sampel urine dan suruh g x-ray. Kene tunggu 2 jam untuk laporan darah.. ok... lama tu nak kene tunggu.. en suami dah mengadu sakit... terpaksa la tahan.. saya dah tak tahu nak buat macamana untuk kurangkan kesakitannya.. Lepas makan tengahari dan solat zuhur, rehat la sekejap sementara tunggu cukup 2 jam. Pukul 4 pergi semula ke bahagian kecemasan.. menunggu no giliran dipanggil.. akhirnya dapat jumpa doctor.. doctor kata tak de katil kosong.. nak buat scan weekend radiology x buka.. ok.. fikir-fikir memandangkan en suami pundah tak tahan, tak pe lah, kita refer ke hospital swasta pulak.. lepas solat maghrib, hantar anak-anak rumah kakak, terus ke KPJ Selangor ni.. kenapa KPJ Selangor ek? Sebab pernah buat checkup kat sini kot.. Family kakak pun pernah admit sini... ada perkataan "Johor" tu bonus tu.. he3.. ok.. sambung lagi nanti.. perlu menjaga buah hati yang sedang menahan kesakitan.. semoga Allah menghilangkan kesakitannya dan memberikan kesembuhan.. Amiin...

10 December 2013

Selamat Berpantang ;)

Assalamu'alaikum w.b.t

Lama rasa tak mencatatkan sesuatu dalam blog ni. Agak sibuk dengan dunia bahasa-bahasa komputer ;) Alhamdulillah dalam seminggu dua ini mendapat perkhabaran gembira kelahiran 2 orang anak saudara baru. Dua-dua di melaka. Anak kakak, puteri, sangatlah comelnya. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menziarah. Tidur nyenyak sungguh. Kacau pun dia buat tak tahu saje. Puteri ini anak ke 5. Seorang lagi anak abang ipar, seorang putera. Tak berkesempatan untuk melawat baby disebabkan baby berada di hospital. InsyaAllah nanti kita balik melaka lagi ziarah baby baru ye.. best nye tengok baby..wink..wink... ;) Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah... Bertambah besar dah keluarga sebelah saya dan sebelah suami :)



Sempena kelahiran anak saudara baru ni, post kali ini adalah untuk set berpantang shaklee. Oleh kerana produk-produk shaklee adalah makanan tambahan yang punya banyak manfaatnya, bermacam-macam gabungan produk yang kita boleh buat untuk mendapatkan manfaat terbaik. Set ini boleh diperbagaikan lagi dan ditambah dengan produk-produk lain juga. Set berpantang ini mengandungi

  • Vita-Lea
  • Vita-C
  • B-Complex
  • Zinc-Complex


Untuk lebih manfaat, boleh dikombinasikan dengan produk yang membantu ibu menyusukan anak iaitu alfalfa dan ESP.

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.