23 September 2008

life

Didalam menjalani hidup didunia,
Tiada terlepas dari pancaroba,
Kita yang diciptakan dengan kelemahan,
Perlukan petunjuk panduan Tuhan,
Tiada yang berkuasa melainkan dia,
Mentadbir menentukan segalanya

Meniti 10 terakhir Ramadhan

Mari! kita rebut kebaikan ibadah 10 terakhir Ramadhan.. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas.. Kita jadikan Ramadhan kali ini terbaik, laksana kita tak akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.. Manfaatkanlah masa yang kita ada..Sebaik-baiknya.. Takbir! ALLAHUAKBAR!!!

Ya Allah! Berilah daku kekuatan

Ya Allah! x tertanggung rasanya bebanan perasaan ini.. Sesungguhnya hanya kau yang maha mendengar & maha mengetahui.. Ya Allah!..berilah daku kekuatan menghadapi ujianmu ini.. Ya Allah! Bukakanlah hati mereka untuk memahami, hati & perasaan ini.. Ya Allah! Berilah daku kekuatan kerna sesungguhnya tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izinMu.. Ya Allah! tenangkanlah hatiku yang kini bergelora.. Kurniakanlah daku setinggi-tinggi kesabaran dari sisiMu.. Tuhanku, hanya kau tempat ku berserah dan mengadu.. Ampuni dosa-dosaku.. Tuhanku.. :'-(

20 September 2008

Umur berkurang setahun lagi..

Harini genap usiaku 28tahun.. huhu.. umur dah berkurang setahun lagi...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, rahmatilah usiaku yang telah lalu, lindungilah perjalanan hidupku untuk usia yang akan datang, hingga tibanya masaku untuk bertemu denganMu..."

Ni kek ulangtahun kelahiran tahun ini.. Alhamdulillah.. sedap.. siap dgn lilin lagi tu.. tu cara susun lilin sendiri..hehe... nak letak atas kek mcm xmuat kan... hehe..

06 September 2008

Cerita disebalik perjalanan kerjayaku

Dulu, masa habis je belajar kat U, semua orang sibuk suruh cari kerje. Kalau orang tak suruh pun memang dengan kesedaran sendiri kene cari kerja. teruk sangat lah kalau tak kerje. iye lah, dah la duduk KL, duit belanje masing menagih dari keluarga. Masa tu kerja kat mana-mana pun ok la asalkan tak melanggar syariat dan prinsip..hehe..ada prinsip dalam mencari kerja..

dapat keje kontrak di JPA sebagai pekerja khidmat singkat. kontrak 6 bulan. Alhamdulillah belajar perkara baru. Pendedahan awal dalam dunia perkerjaan.. walaupun ada kawan2 yang kata macam kene buli, tapi terimalah dengan Redha..memang dah kerje kita..yakin pasti ada hikmahnya..

tamat kontrak 6 bulan, sementara tunggu dapat sambung ke tak, kerja sebagai cikgu di Sri ABIM johor bahru.. masa ni insafi diri yang aku tak mampu nak jadi cikgu.. bukan kerana tahap pendidikan, tapi memang tak layak kot..tiap-tiap hari stress sebab nak kene mengajar, sediakan rancangan mengajar, berhadapan dengan anak-anak bangsa.. baru lah tahu bukan mudah nak jadi cikgu ni sebenarnya.. lebih-lebih lagi untuk menjadi guru yang sebenar-benarnya yang boleh di panggil sebagai "Pendidik"... tahan jadi cikgu ni sebulan je, pastu berhenti sukarela..hehe..

tamat kerjaya sebagai guru, kembali ke KL dengan cerita yang tersembunyi hikmah yang amat besar dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan..

Menginsafi diri sebagai hamba yang tak terjangkau dek fikiran kita hikmah atas sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang bile kita hadapinya hari ini, dan kita persoalkan kenapa kita harus menempuh dugaan itu, namun hakikatnya jauh dihadapan sana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..sesungguhnya peristiwa itu hanyalah titik tolaknya..

Kembali ke KL dengan tujuan menyambung kontrak, tapi bukan itu yang diaturkan oleh Allah untukku.. ditakdirkan aku mengikuti kursus Graduate Reskilling Scheme (GRS) bersama seorang sahabat. Tika itu Allah menguji kesabaran kami belajar, memperbaiki diri dalam bidang kami dan memperteguhkan persahabatan kami... 6 bulan berhempas pulas, mengorbankan waktu hujung minggu dan cuti untuk kelas..

Tiba waktu untuk praktikal selama 6 bulan. Pada awlnya resah kerana tak dapat tempat praktikal, namun Alhamdulillah, Allah telah mengatur semuanya. Diminta menggantikan tempat seorang rakan sekelas yang mendapat tempat kerja baru. Praktikal di KL, syarikat salah seorang instructor yang mengajar Java. Di situlah aku belajar menjadi pekerja yang lebih mahir dalam banyak perkara yang aku sendiri suatu masa dahulu tidak sangka aku mampu melakukannya.. bekerja berhempas pulas. Membuat sejarah tersendiri yang tak munkin aku lupakan...

Setahun setengah aku bekerja di situ, menimba ilmu dan pengalaman yang amat banyak. Terima kasih pada bos2 yang amat membantu, meskipun berlainan bangsa, namun mereka adalah bos yang sangat baik.

Kemudian aku beralih ke syarikat di mana aku bekerja sekarang. Syarikat bumiputera. Dah lebih 2 tahun aku disini. Tepatnya 2 tahun 3 bulan.. Akan dtg x pasti lg di mana aku akan berada.. namun setakat ini aku belum ada hati untuk beralih tempat kerja. cukuplah dengan apa yang aku ada..cukuplah mengejar dunia..kini tiba masa untuk aku memandang pada diri, menginsafi nikmat Ilahi, menyempurnakan apa yang sepatutnya aku sempurnakan.. itulah perjalann kerjaya ku yang panjang, namun hikmahnya amat menginsafkan bagi mereka yang mahu berfikir.. Wallahu'alam...

HuJan

Sekarang ni musim hujan.. hampir setiap hari hujan turun.. bak kata ofismate "at least tak la panas sangat bulan puasa ni".. ye.. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. saat menaip ni pun kat luar tu nampak mendung.. awan hitam dah sarat macam tak sabar-sabar nak memuntahkan air membasahi bumi..

dari dulu memang sangat suka melihat hujan.. bile petir memanah tu terasa maha Agung dan Maha Hebatnya Allah.. bila hujan turun dengan lebat dan memukul tingkap bilik tingkat 3 ni, terasa diri ini kerdil sekali.. indah hujan ciptaan Tuhan.. sesungguhnya tiada suatupun ciptaanNya yang diciptakan sia-sia..

Ahlan ya Ramadhan!!

Ahlan ya Ramadhan!! Ahlan ya Ramadhan!!

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah mengizinkan aku menemui sekali lagi Ramadhan.. bulan yang mulia..penuh keberkatan.. ganjaran pahala amalan berlipat ganda.. bulan yang padanya ada malan lailatulQadar.. malam yang lebih baik dari seribu malam.. Subhanallah.. Syukurku pada Allah.. Tuhanku.. yang Maha Agung.. Maha Esa dan Maha Kuasa..

Ya Allah!
Dengarlah rintihan hambaMu ini..
Inginku kembali kepadaMu,
Kembali merebut redhaMu,
kembali menggapai cintaMu...
Membasuh kaki penuh lumpur..
dosa dan noda..

Ya Allah,
Kurniakanlah daku cintaMu,
Kurniakanlah daku cinta orang yang mencintaiMu,
Kurniakanlah daku cinta kepada amal yang membawa kepada cintaMu..

Ya Allah,
Ramadhan yang penuh barakah ini,
Bantulah daku mengisi piala hati ini dengan keindahan tawakkal padaMu..
Bantulah daku mengisi ruangan jiwa ini dengan kecintaanMu..
Bantulah daku mengisi hidupku dengan tawakkal kepadaMu..
Moga pabila berlalunya Ramadhan..
Aku masih mampu berdiri..
Melangkah & berlari ke arahMu..
Tuhanku..

Ya Allah,
Dunia ini racun dalam hatiku,
Melalaikan aku dari mengingati & mendekatkan diri padaMu..
Permudahkan lah urusan ku..
Ingatkanlah daku selalu..
Agar kejab dalam hatiku CintaMu..
Aku Redha taqdirMu..
Aku Redha menghadapi UjianMu..
Kerana ku tahu.. keredhaan itu membawa kepada CintaMu..
Tuhanku..

Hidup & Ujian

Hmm...lama dah tak menulis dalam blog nih.. tak rajin dan tak de idea..tapi hari ini terasa ingin melontarkan sesuatu di sini..

Hidup ini dan ujian adalah suatu yang tak dapat dipisahkan.. keyakinan bahawa ujian itu tanda kasih sayang Allah membantu kita untuk menghadapi ujian dengan tabah dan redha. Keyakinan bahawa ujian yang datang sesuai dengan kemampuan kita membantu kita untuk menghadapinya dengan semangat yang kental dan minda positif bahawa ujian itu akan berlalu dan kita pasti dapat mengatasinya.. ya..positive thinking..

"Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesduah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan ituada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

-Surah Al-Insyirah (Ayat 1-8)-

Subhanallah.. bukankah jelas petunjuk Allah dalam surah ini.. Surah yang seharusnya menjadi sumber motivasi kita.. Tekad untuk berusaha bersungguh-sunggu kerana itulah tuntutan Allah..dan yakinlah janji Allah itu pasti..janji Allah itu pasti.. "Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan".. dan tidak lupa..setelah berusaha bersungguh-sungguh itu hendaklah kita kembalikan segalanya kepada Allah..meletakkan pengharapan hanya pada Allah.. zat yang maha kuasa.. tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.. Subhanallah..


Wahai diri yang selalu terleka..
wahai jiwa yang sering terlalai..
kembalilah ke jalan Tuhanmu..
moga langkahmu diredhai..
moga hidupmu disinari cahaya petunjuk Ilahi..
berusahalah merebut cinta Ilahi..
kerana itu cinta yang hakiki..