Showing posts with label dtx-complex. Show all posts
Showing posts with label dtx-complex. Show all posts

17 January 2014

HATI oh HATI

Tahukah teman apa fungsi hati dalam tubuh badan kita?

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dna berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat alkohol berlebihan contohnya boleh merosakkan hati. Namun tahukan teman bahawa hati mampu membaiki organnya sendiri? Hati boleh dianggap INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh kita.

Fungsi Hati: 
  1.    Rembesan hempedu : Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukar Beta Karotena kepada vitamin A
  2.     Bertindak sebagai detoksifikasi : Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan baha-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuh dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
  3.     Mengawal paras gula dalam darah : Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukoosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali sebagai gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
  4.     Penting dalam metabolisma lemak : Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan




DTX-Complex shaklee merupakan supplement yang membantu mengekalkan kesihatan hati di tahap optimum


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.




DTX Complex

DTX Complex Shaklee merupakan gabungan daripada herba-herba yang bermanfaat untuk kesihatan hati.Hati memainan peranan yang sangat penting dalam tubuh kita. Ia boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN. Baca tentang fungsi hati di sini.

DTX Complex merupakan gabungan herba-herba iaitu:

  • Ekstrak biji benih pokok Susu Tesil (Milk thistle seed)
  •  
    • Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
    • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
    • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
    • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
    • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
    •  
  • Articok (Artichoke)
    •  
    • Membina semula sel-sel hati
    • Merangsang pengaliran hempedu
    •  
  • Dandelion
    •  
    • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku pembengkakan hati (hepatitis) dan jondis
    • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
    • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
    • Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi - melawan anemia
    • Melawan tumor dan kanser
    • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
    •  
  • Kunyit
    •  
    • Mengandungi curcumin; bahan anti-oksida
    • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan 
    • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
    •  
  • Reishi mushroom (Ling zhi)
    •  
    • Membina imun - membantu dalam mencegah atau merawat kanser
    • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
    • Merawat sindrom keletihan yang kronik
    • Membantu mencegah penyakit jantung
    •  
  •  Schizandra
    •  
    • Mengandungi bahan anti-oksida
    • Merangsang sistesis protin
    • Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
    • Memperlahan pembentukan toksin

Cadangan pengambilan : 3 biji sehari

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.