30 September 2013

Peppermint-Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan dibawah prosuder standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini. Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman



Manfaat Utama:

  • Pudina: Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan sakit gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus
  • Halia: Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika perjalanan/pengembaraan
  • Pokok Adas (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus
  • Cekur Manis (anise): Digunakan oleh orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Cadangan:
Membantu penghadaman   :
3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut     :
Larutkan 3 biji peppermint Ginger dan 10 biji alfalfa di dalam air panas suam  untuk diminum

Merawat sakit atau masalah gastrik, nusea, batuk          : 
3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

Kelegaan tekak, batuk, sendawa  :
Hisap 2 biji


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


Alfalfa Complex

Mari berkenalan dengan Alfalfa Complex Shaklee;

Diperbuat daripada tanaman Afalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja segala tumbuhan". Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa sari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kepatangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Manakala bahagian-bahagian lain yang tidak penting dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.



Manfaat utama:

Kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.
10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  • Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan angka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa dahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap olestrol
  • Melawan tumor - memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
  • Melegakan keletihan - Melegakan keletihann sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
  • Mencegah/merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Cadangan:
Untuk kesihatan berpanjangan   : 2 kali sehari - 10 biji setiap pengambilan

** Larutkan 10 biji alfalfa di dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang enak. Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai untuk diminum pada bila-bila masa

Untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci darah dan melawan kanser : 3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (di ambil dengan air kosong)


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

29 September 2013

Herb-Lax

Herb-Lax merupakan kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang

Manfaat Utama:
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu mengatasi masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba

Cadangan:
Untuk kesihatan berpanjangan                : 2 kali seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur
Untuk pembersihan usus/detoksifikasi, 
melawan kanser, mengawal berat badan : 2 kali sehari - 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)

Perhatian!
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala dibawah kondisi normal, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan
Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman/pembuangan kembali normal


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


27 September 2013

Performance Maximum dan Tenaga

Ok, harini saya nak share info berkenaan Performance Maximum dari Shaklee...



Ujian Klinikal Shaklee membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb di dalam Performance ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Ia mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera



Manfaat:
  • Meningkatkan daya ketahanan badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh danmengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potasium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif bekerja seharian
  • Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
  • Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot

Sesuai diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain

Sesuai untuk:

  • Para atlet 
  • Mereka yang berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Tidur lewat malam
  • keletihan
  • Penyahhidratan otot dan kulit
  • Vagina yang kering
  • Cirit-birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula
  • Kepeningan
  • dan sebagainya...
Cadangan hidangan:

Sarapan: Campurkan 1 sudu besar untuk setiap Performance, Energizing Soy Protein (ESP) dan MealShake

Latihan Fizikal: Campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dan minum 1 jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


25 September 2013

Hari Anugerah buat Bonda tercinta

Minggu lepas, 19hb September 2013, dengan berbekalkan tekad dan semangat hendak meraikan hari anugerah untuk bonda tersayang, gagahkan juga memandu sesudah subuh, lebih kurang pukul 6 ke tempat majlis yang diadakan di Kluang, Johor. Nasib baik puteri-puteri dua orang yang ikut sekali tak meragam. Masing-masing masih mengantuk dan tidur sepanjang perjalanan. En suami tercinta tak dapat ikut disebabkan kerja yang perlu segera..

Berhenti sebentar di R&R pagoh untuk menukarkan baju anak-anak, barulah ada peneman buat kecoh dalam kereta. Alhamdulillah perjalanan lancar hingga ke tempat majlis walaupun terpusing-pusing mencari dewan. Sampai-sampai sedang berlangsung forum.



Semua anak-anak lelaki mak dapat datang. Yang perempuan 2 orang sahaja yang dapat hadir memandangkan hari itu adalah hari persekolahan dan masing-masing ada komitmen yang tak membolehkan mereka turut serta. Apa pun mak tetap tersenyum gembira.

Mak dapat anugerah ibu tunggal cemerlang peringkat daerah Kota Tinggi. Walaupun tak dapat anugerah peringkat negeri, mak tetap penerima anugerah di hati anak-anak dan cucu cicit mak. Kesusahan mak membesarkan dan mendidik kami dulu, tak kan pernah kami lupakan.. terima kasih mak atas segala-galanya.. kalau nak diceritakan kenangan dulu, memang panjang la post ni.. cukuplah Allah menjadi saksi dan membalas segala pengorbanan mak. Kami mendoakan semoga Allah menyatukan kita semua di syurganya yang kekal abadi.. kami saaaaayaaaaang mak... ;)


Dan sebagai hadiah buat mak sempena hari anugerah mak dan kebetulan hari lahir anak mak yang chomel ni pada 20hb, anak mak ni hadiahkan mak Vivix Shaklee... Semoga mak lebih sihat dan bertenaga dengan izin Allah. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dengan penuh kasih sayang dan sabar dengan kerenah anakmu ini. Mak adalah inspirasiku..



17 September 2013

Meal Shakes

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalahbahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak



Manfaat Utama:

  • Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Rasa yang lazat - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan
Cadangan Penggunaan:
Campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama Energizing Soy Protein dan Performance (perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran,

Nota 1: Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas



Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota 2: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.




B-Complex

Asid Folik shaklee dihasilkan secara semulajadi dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari



Manfaat Utama:
  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Membaiki masalah rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengkalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kerdiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), menjegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan
Cadangan Penggunaan:
Untuk kesihatan berpanjangan   : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan  : 2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

Soalan Lazim: Mengapa urin menjadi kekuningan?
Jawapan: Ini merupakan situasi normal kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

16 September 2013

Imuniti dan Nutriferon

Mari berkenalan dengan Nutiferon Shaklee::
 Nutriferon merupakan ekstrak daripada 4 tumbuhan iaitu biji labu, Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Ia mempunyai kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakan ialah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herper dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula ia terbukti berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit

Manfaat Utama:
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Ianya adalah interferon semulajadi. Kajian menunjukkan interferon mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh
  • Melawan kanser & tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemmoterapi
  • Melindungi dari influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza
  • Meringankan stress dan kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk
  • Melambatkan penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akanmengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatits B & C
  • Menopaus - Hypertensi , tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik
  • PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing

Cadangan Penggunaan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 paket sehari (tuang kedalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)
Untuk rawatan influenza dan kanser: 2-3 paket sehari. Lebih baik apabila diambil bersama vitamin c

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

ESP - Energizing Soy Protein


ESP Shaklee dihasilkan daripada kacang soya terpilih yang mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada suhu yang rendah. Setiap 850g ( 1 tin ESP ) dihasilkan daripada 30Kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan boleh bertahan lama..

ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Indek glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39,  menjadikan is sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

1 hidangan ESP bersamaan ~
  • 2 x daging
  • 4 x telur
  • 12 x susu
ESP
  • Rendah lemak
  • Tiada kolesterol
  • Tiada asid uric
  • Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia
Manfaat Utama:
  1. Awet Muda ~ Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  2. Baik untuk hormon ~ Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  3. Baik untuk kawalan kanser ~ Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat
  4. Kulit Remaja ~ Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  5. Pembekal Tenaga ~ Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsonia dan tekanan
  6. Membaiki pigmentasi ~ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  7. Membaiki memori ~ Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

Cadangan Penggunaan:
2-3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong), boleh dicampur dengan Mealshake dan Performance Drink)

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

VITA-LEA IRON FORMULA

Vita -Lea adalah tablet multi vitamin. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.


Ujian klinikal Shaklee membuktikan denganpengambilan Vita-Lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000

Manfaat:
  • Penambahan tenaga segera ~ Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap nutrisi ~ Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Keupayaan sistem produktif ~ Penting kepada kanak-kanak dan remaka yang sedang membesar
  • Metabolisma ~ Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh ~ Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod
  • Melindungi Organ ~ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Cadangan Penggunaan:
Untuk kesihatan berpanjangan   : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)
Untuk pembesaran,, kekurangan nutrisi dan tenaga  : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


14 September 2013

Vivix dan anti-penuaan sellular

Hari ini saya share beberapa maklumat berkaitan VIVIX


4 mekanisma penuaan pada tahap selular:

1. Kerosakan DNA
Setiap hari setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
Mitochondria (penjaga tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel

4. Penimbunan berlebihan protin AGE 
Penimbunan berlebihan protin AGE (advances glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE

Vivix juga menolong menjaga/memelihara:

~ Kesihatan Jantung
~ Kesihatan Otak
~ Kesihatan sistem imun
~ Kesihatan sendi
~ Perlindungan anti-oksidan
~ Peningkatan tenaga pada tahap sellular



Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



06 September 2013

Jantung dan Co-Enzyme Q10

 Hari ini mari kita ambil tahu tentang Co-Enzyme Q10

Apa itu CoQ10?
CoQ10 adalah nutrient larut yang ditemui dalam setiap sel dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga di dalam mitochondria, yang bermaksud ia membantu membekalkan tenaga kepada semua bahagian tubuh. Tambahan CoQ10 mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan:
Jantung yang lebih kuat dan lebih sihat
CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga bagi otot jantung, meningkatkan kekuatan mengepam. Kajian menunjukkan Co-Q10 boleh memperbaiki peredaran darah.

Tekanan darah dan kolesterol yang lebih sihat
Kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Bertindak sebagai anti-oksidan yang berkesan. CoQ10 menghalang pengoksidaan  kolestrol LDL yang tidak baik, jadi ia tidak menempel dan menyumbat saluran darah

Meningkatkan Tenaga
CoQ10 juga boleh meningkatkan paras tenaga, meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan. Kajian menunjukkan tambahan CoQ10 setiap hari boleh melegakan 90% daripada gejala keletihan

Kecerdasan Mental
CoQ10 memberi tenaga kepada sel-sel otak yang membantu meningkatkan kecerdasan mental, keupayaan memori dan kognitif. Kajian menunjukkan penambahan CoQ10 boleh mengurangkan kekerapan migrain, sakit kepada dan rasa loya

Kulit tampak lebih muda
CoQ10 memperbaiki aliran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan nutrisi untuk memperbaiki, meremajakan dan menghasilkan kolagen. Ini membantu menggalakkan kulit yang lebih tegang, cerah dan berseri

Meningkatkan kesuburan
CoQ10 mengurangkan tekanan oksidatif yang dibuktikan mewujudkan persekitaran lebih sihat untuk meningkatkan kiraan, pergerakan dan kualiti sperma. Ia juga boleh memperbaiki kualiti ovum wanita.


CoQHEALTH PLUS Shaklee
~ mempunyai campuran proprietari semulajadi 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang membantu penghasilan tenaga untuk menguatkan jantung anda

~ Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul bioavailable dengan sistem penghantaran minyak soya untuk memastikan pembubaran maksimum untuk penyerapan yang lebih baik

~ semulajadi

Kelebihan:
~ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
~ Menggalakkan saluran darah yang sihat
~ Memperbaiki peredaran darah


..:: Jom lebih sihat ::..


05 September 2013

~ Dari pengguna kini menjadi pengedar ~

Ok... 
sudah agak lama jugak tak post dalam blog nih.. Setelah beberapa bulan nih, yang terkini yang ingi dikongsikan adalah status tambahan selain sebagai anak kepada mak dan arwah bapak yang amat disayangi, adik, kakak ,makcik dan nenek sedara ;) dalam sebuah famili besar yang sangat osem, isteri kepada seorang suami yang penyayang, ummi kepada 2 orang puteri solehah yang menyejukkan hati, majikan kepada diri sendiri... dan yang terkini setelah beberapa bulan menjadi pengguna kini menjadi pengedar berdaftar Shaklee, sebuah syarikat yang mengeluarkan supplemen dari US... Ok, intro je dulu.. Nah, ni bisnes kad versi 1.0 .. hehehe.. hubungi saya untuk mendapatkan maklumat dan pembelian produk secara online mahupun c.o.d area shah alam, subang, damansara.. 



p/s: Masih dalam proses menambah ilmu pengetahuan mengenai makanan tambahan dan kesihatan diri.. asyik belajar tentang kesihatan komputer je kan..hehe... Jom tambah ilmu. Mudah-mudahan dengan kesihatan yang baik membantu kita untuk lebih mendekatkan diri dengan al-Khalik

~R4BIA~ 
Mari doakan untuk saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Mesir dan di seluruh dunia am nya...