Showing posts with label jantung. Show all posts
Showing posts with label jantung. Show all posts

18 October 2013

Vita E Complex

Vita E Complex diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitaminE (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina


Manfaat Utama:
  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan koleterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain
  • Meningkatkan kemampuan reproduktif - kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melanbatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan yang kuat -Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian  tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untukk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Nota 1: Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE(beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas


Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari selepas makan
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota 2 : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



06 September 2013

Jantung dan Co-Enzyme Q10

 Hari ini mari kita ambil tahu tentang Co-Enzyme Q10

Apa itu CoQ10?
CoQ10 adalah nutrient larut yang ditemui dalam setiap sel dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga di dalam mitochondria, yang bermaksud ia membantu membekalkan tenaga kepada semua bahagian tubuh. Tambahan CoQ10 mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan:
Jantung yang lebih kuat dan lebih sihat
CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga bagi otot jantung, meningkatkan kekuatan mengepam. Kajian menunjukkan Co-Q10 boleh memperbaiki peredaran darah.

Tekanan darah dan kolesterol yang lebih sihat
Kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Bertindak sebagai anti-oksidan yang berkesan. CoQ10 menghalang pengoksidaan  kolestrol LDL yang tidak baik, jadi ia tidak menempel dan menyumbat saluran darah

Meningkatkan Tenaga
CoQ10 juga boleh meningkatkan paras tenaga, meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan. Kajian menunjukkan tambahan CoQ10 setiap hari boleh melegakan 90% daripada gejala keletihan

Kecerdasan Mental
CoQ10 memberi tenaga kepada sel-sel otak yang membantu meningkatkan kecerdasan mental, keupayaan memori dan kognitif. Kajian menunjukkan penambahan CoQ10 boleh mengurangkan kekerapan migrain, sakit kepada dan rasa loya

Kulit tampak lebih muda
CoQ10 memperbaiki aliran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan nutrisi untuk memperbaiki, meremajakan dan menghasilkan kolagen. Ini membantu menggalakkan kulit yang lebih tegang, cerah dan berseri

Meningkatkan kesuburan
CoQ10 mengurangkan tekanan oksidatif yang dibuktikan mewujudkan persekitaran lebih sihat untuk meningkatkan kiraan, pergerakan dan kualiti sperma. Ia juga boleh memperbaiki kualiti ovum wanita.


CoQHEALTH PLUS Shaklee
~ mempunyai campuran proprietari semulajadi 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang membantu penghasilan tenaga untuk menguatkan jantung anda

~ Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul bioavailable dengan sistem penghantaran minyak soya untuk memastikan pembubaran maksimum untuk penyerapan yang lebih baik

~ semulajadi

Kelebihan:
~ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
~ Menggalakkan saluran darah yang sihat
~ Memperbaiki peredaran darah


..:: Jom lebih sihat ::..