26 October 2013

Set Menambah Berat Badan

Assalamu'alaikum w.b.t

Mari mendepani hari dengan penuh semangat.. yea.. semoga Allah membantu kita mengharungi setiap ujiannya dalam kehidupan kita.. ujian Allah itu tanda kasih sayangNya untuk menjadikan kita lebih kuat...

Hari ini saya nak share sedikit info berkenaan kurang berat badan. Macamana nak tahu kita kurang berat badan?

  1. Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
  2. kita mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi
  3. kita mengalami kekurangan berat badan akibat masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
Kekurangan berat badan boleh menyebabkan mudah mendapat penyakit, sukar sembuh sekiranya sakit, hormon tidak stabil, cepat letih, kurang daya tumpuan dan kekurangan zat

Macaman nak tambah berat badan?

  1. Kira keperluan kalori seharian kita atau DCR. DCR kita bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian
  2. Catat pelan pemakanan am kita. Senaraikan makanan dan minuman yang kita biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Boleh rujuk kepada fakta nutrisi pada packaging produk-produk tersebut.
  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori kita setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau kita malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, kita wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting kita tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.

Set berikut merupakan suplemen penambah berat yang sesuai untuk diambil :-


Mealshake 
  • Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.
  • Protein penting untuk tambah berat sebab protein bantu badan bina sel, bila nak tambah berat, pasti ada penambahan sel.
  • Fungsi organ jadi lebih efektif sbb protein bantu organ menjalankan tugasnya, contoh usus serap nutrien makanan.
  • Ia juga membantu menambah selera makan.


Vita-Lea :
  • Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah, banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat.
  • Bila darah lancar, nutrien boleh disebarkan secara berkesan dalam badan dan semua sel sihat dan membesar dengan baik.


B-Complex:
  • Kekurangan Vitamin B1 boleh menyebabkan kurang selera makan. Pengambilan B1 (Thiamine) boleh baiki selera makan. Keperluan Thiamine adalah 5mg hingga 30mg dan mungkin meningkat kepada 300mg.



Rujukan:

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


21 October 2013

Vita C Plus - Sustained Released

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C Plus™ yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*





Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

18 October 2013

Collagen Powder

Shaklee collagen powder adalah supplements kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietary, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular , sekitar 1.000 Dalton (berat molekular kolegan disukat dalam dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolegan pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobcillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabung untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Manfaat Utama
  • Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur . Umur bukanla h hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mngekalka elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut
  • Tampak lebih muda
  1. Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  2. Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mngekalkan warna yang sihat.
  3. Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  4. Membantu menghilangkan tanda penuaan. Dalam kes saya, tanda penuaan dibelakang tangan hampir hilang.
  • Rasa lebih muda
  1. Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan menjadi rapuh.
  2. Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
  3. Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  4. Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolegan agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.

Cadangan:
Pagi adalah masa yang baik tubuh menyerap nutrient manakala malam adalah masa untuk baikpulih. Ini adalah masa terbaik untuk minum shaklee collagen powder untuk mendapatkan hasil terbaik



Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota 2 : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



Vita E Complex

Vita E Complex diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitaminE (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina


Manfaat Utama:
  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan koleterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain
  • Meningkatkan kemampuan reproduktif - kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melanbatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan yang kuat -Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian  tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untukk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Nota 1: Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE(beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas


Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari selepas makan
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota 2 : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



17 October 2013

Advanced Joint Health Tablet


Advance Joint Health Complex* mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi didalam jangkamasa seawal 5 hari-hampir 28% lebih pantas dari didakwa oleh satu jenama terkemuka!
Ramuan yang dirumus secara klinikal secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:
  • ·         Menggalakkan mobiliti
  • ·         Meningkatkan fleksibiliti
  • ·         Meningkatkan fungsi sendi
  • ·         Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang
Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas: zinc, kuprum, manganese dan vitamin C-setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.
Tidak seperti kebanyakkan supplemen kesihatan sendi, New Advanced Join Health Complex tidak mengandungi kondritin, satu bahan yang terbukti didalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. New Advance Joint Health Complex* adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegeterian-tidak langsung mengandungi sumber haiwan.

Manfaat utama:

·         Meningkatkan keselesaan sendi se-awal 5 hari
·         Keselesaan sendir hampir 28% lebih cepat dari yang didakwa oleh Osteo Bi-Flex®1
·         45% lebih berkesan meningkatkan keselesaan sendi dari Osteo Bi-Flex®2

Ciri-ciri:

·         100% bebas kekerang
·         100% vegeterian
·         100% bebas krodroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
·         Hanya dua caplets sehari
·         Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
·         Bebas gluten




Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

05 October 2013

CarotoMax

CarotoMax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buah-buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser




Manfaat Utama:

  1. Lebih selamat dari vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. Walau bagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan
  2. Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "visual ungu" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Ia memperbaiki masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic, astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata
  3. Meredakan penyakit kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit
  4. Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisum merawat ulser saluran usus
  5. Melawan kanser dan oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida
  6. Menghalang infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratosi paru-paru; batuk, hepatitis, asthma, ful dan selesema
  7. Menggalakkan perkembangan normal dan sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat

Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan  : 1 kapsul 2 kali sehari (selepas makan)
Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit  : 2 kapsul 2 kali sehari


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.