17 January 2014

HATI oh HATI

Tahukah teman apa fungsi hati dalam tubuh badan kita?

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dna berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat alkohol berlebihan contohnya boleh merosakkan hati. Namun tahukan teman bahawa hati mampu membaiki organnya sendiri? Hati boleh dianggap INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh kita.

Fungsi Hati: 
  1.    Rembesan hempedu : Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukar Beta Karotena kepada vitamin A
  2.     Bertindak sebagai detoksifikasi : Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan baha-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuh dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
  3.     Mengawal paras gula dalam darah : Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukoosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali sebagai gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
  4.     Penting dalam metabolisma lemak : Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan




DTX-Complex shaklee merupakan supplement yang membantu mengekalkan kesihatan hati di tahap optimum


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.




No comments: