Showing posts with label tenaga. Show all posts
Showing posts with label tenaga. Show all posts

18 October 2013

Vita E Complex

Vita E Complex diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitaminE (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Ia mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina


Manfaat Utama:
  • Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan koleterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain
  • Meningkatkan kemampuan reproduktif - kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
  • Anti-penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melanbatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
  • Anti-Oksidan yang kuat -Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan
  • Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian  tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
  • Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untukk menghalang kematian janin dan keguguran
  • Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Nota 1: Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE(beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas


Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari selepas makan
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota 2 : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



27 September 2013

Performance Maximum dan Tenaga

Ok, harini saya nak share info berkenaan Performance Maximum dari Shaklee...



Ujian Klinikal Shaklee membuktikan rumusan ekslusif OptiCarb di dalam Performance ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Ia mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera



Manfaat:
  • Meningkatkan daya ketahanan badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh danmengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potasium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus ekslusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif bekerja seharian
  • Mencegah penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
  • Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot

Sesuai diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain

Sesuai untuk:

  • Para atlet 
  • Mereka yang berpuasa
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Tidur lewat malam
  • keletihan
  • Penyahhidratan otot dan kulit
  • Vagina yang kering
  • Cirit-birit
  • Tiada selera makan
  • Rendah paras gula
  • Kepeningan
  • dan sebagainya...
Cadangan hidangan:

Sarapan: Campurkan 1 sudu besar untuk setiap Performance, Energizing Soy Protein (ESP) dan MealShake

Latihan Fizikal: Campurkan 2 sudu besar dalam 500ml air dan minum 1 jam sebelum memulakan latihan fizikal dan setiap 30 minit sewaktu latihan fizikal. Minum 1 jam kemudian selepas latihan fizikal untuk penyahhidratan dan mengembalikan tenaga.


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota : Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


17 September 2013

B-Complex

Asid Folik shaklee dihasilkan secara semulajadi dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari



Manfaat Utama:
  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Membaiki masalah rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengkalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kerdiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), menjegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan
Cadangan Penggunaan:
Untuk kesihatan berpanjangan   : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan  : 2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

Soalan Lazim: Mengapa urin menjadi kekuningan?
Jawapan: Ini merupakan situasi normal kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

06 September 2013

Jantung dan Co-Enzyme Q10

 Hari ini mari kita ambil tahu tentang Co-Enzyme Q10

Apa itu CoQ10?
CoQ10 adalah nutrient larut yang ditemui dalam setiap sel dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga di dalam mitochondria, yang bermaksud ia membantu membekalkan tenaga kepada semua bahagian tubuh. Tambahan CoQ10 mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan:
Jantung yang lebih kuat dan lebih sihat
CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga bagi otot jantung, meningkatkan kekuatan mengepam. Kajian menunjukkan Co-Q10 boleh memperbaiki peredaran darah.

Tekanan darah dan kolesterol yang lebih sihat
Kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Bertindak sebagai anti-oksidan yang berkesan. CoQ10 menghalang pengoksidaan  kolestrol LDL yang tidak baik, jadi ia tidak menempel dan menyumbat saluran darah

Meningkatkan Tenaga
CoQ10 juga boleh meningkatkan paras tenaga, meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan. Kajian menunjukkan tambahan CoQ10 setiap hari boleh melegakan 90% daripada gejala keletihan

Kecerdasan Mental
CoQ10 memberi tenaga kepada sel-sel otak yang membantu meningkatkan kecerdasan mental, keupayaan memori dan kognitif. Kajian menunjukkan penambahan CoQ10 boleh mengurangkan kekerapan migrain, sakit kepada dan rasa loya

Kulit tampak lebih muda
CoQ10 memperbaiki aliran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan nutrisi untuk memperbaiki, meremajakan dan menghasilkan kolagen. Ini membantu menggalakkan kulit yang lebih tegang, cerah dan berseri

Meningkatkan kesuburan
CoQ10 mengurangkan tekanan oksidatif yang dibuktikan mewujudkan persekitaran lebih sihat untuk meningkatkan kiraan, pergerakan dan kualiti sperma. Ia juga boleh memperbaiki kualiti ovum wanita.


CoQHEALTH PLUS Shaklee
~ mempunyai campuran proprietari semulajadi 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang membantu penghasilan tenaga untuk menguatkan jantung anda

~ Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul bioavailable dengan sistem penghantaran minyak soya untuk memastikan pembubaran maksimum untuk penyerapan yang lebih baik

~ semulajadi

Kelebihan:
~ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
~ Menggalakkan saluran darah yang sihat
~ Memperbaiki peredaran darah


..:: Jom lebih sihat ::..