25 September 2013

Hari Anugerah buat Bonda tercinta

Minggu lepas, 19hb September 2013, dengan berbekalkan tekad dan semangat hendak meraikan hari anugerah untuk bonda tersayang, gagahkan juga memandu sesudah subuh, lebih kurang pukul 6 ke tempat majlis yang diadakan di Kluang, Johor. Nasib baik puteri-puteri dua orang yang ikut sekali tak meragam. Masing-masing masih mengantuk dan tidur sepanjang perjalanan. En suami tercinta tak dapat ikut disebabkan kerja yang perlu segera..

Berhenti sebentar di R&R pagoh untuk menukarkan baju anak-anak, barulah ada peneman buat kecoh dalam kereta. Alhamdulillah perjalanan lancar hingga ke tempat majlis walaupun terpusing-pusing mencari dewan. Sampai-sampai sedang berlangsung forum.



Semua anak-anak lelaki mak dapat datang. Yang perempuan 2 orang sahaja yang dapat hadir memandangkan hari itu adalah hari persekolahan dan masing-masing ada komitmen yang tak membolehkan mereka turut serta. Apa pun mak tetap tersenyum gembira.

Mak dapat anugerah ibu tunggal cemerlang peringkat daerah Kota Tinggi. Walaupun tak dapat anugerah peringkat negeri, mak tetap penerima anugerah di hati anak-anak dan cucu cicit mak. Kesusahan mak membesarkan dan mendidik kami dulu, tak kan pernah kami lupakan.. terima kasih mak atas segala-galanya.. kalau nak diceritakan kenangan dulu, memang panjang la post ni.. cukuplah Allah menjadi saksi dan membalas segala pengorbanan mak. Kami mendoakan semoga Allah menyatukan kita semua di syurganya yang kekal abadi.. kami saaaaayaaaaang mak... ;)


Dan sebagai hadiah buat mak sempena hari anugerah mak dan kebetulan hari lahir anak mak yang chomel ni pada 20hb, anak mak ni hadiahkan mak Vivix Shaklee... Semoga mak lebih sihat dan bertenaga dengan izin Allah. Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dengan penuh kasih sayang dan sabar dengan kerenah anakmu ini. Mak adalah inspirasiku..



No comments: