30 June 2008

KBM dihatiku

Setelah berbulan bertungkus lumus dgn pelbagai ujian dan cabaran, akhirnya jawatankuasa reunion dgn izin Allah berjaya melaksanakan program Alumni KBM 2008. Kebetulan pula program reunion kali ini selang 5 tahun selepas program reunion terakhir pada tahun 2003. Walaupun kehadiran separuh dari sasaran, tapi Alhamdulillah, alumni KBM yang hadir merentasi semua generasi.. bermula dari awal penubuhan KBM hinggalah generasi yang kini berada dalam KBM...

Kalau nak cerita perit getir menjadi jawatankuasa penggerak nih, boleh jadi novel la kot..tapi yang manisnya adalah bile jumpe kembali kawan2 yang dah lama x jumpe. Ni la kelainan dlm KBM.. Ukhuwwah fillah abadan abada... selama2nya.. walaupun terpisah jauh, namun hati tetap bersatu... walauupun tidak pernah bertemu, namun ukhuwwah kerana Allah itu membuatkan rasa seperti telah lama kenal. Tidak ada masalah untuk beraktiviti bersama.

InsyaAllah sahabat2 semua..semoga Allah izikan kita bertemu lagi di masa akan datang.. munkin lg 3 tahun, apabila KBM menjangkau usia 2 dekad. Wallahu'alam.

No comments: