07 October 2008

Salam Eidulfitri

Salam eidulfitri kepada semua muslimin & muslimat di mana sahaja berada..
Semoga kemeriahan syawal ini mengeratkan lagi tali silaturahim antara kita..

23 September 2008

life

Didalam menjalani hidup didunia,
Tiada terlepas dari pancaroba,
Kita yang diciptakan dengan kelemahan,
Perlukan petunjuk panduan Tuhan,
Tiada yang berkuasa melainkan dia,
Mentadbir menentukan segalanya

Meniti 10 terakhir Ramadhan

Mari! kita rebut kebaikan ibadah 10 terakhir Ramadhan.. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas.. Kita jadikan Ramadhan kali ini terbaik, laksana kita tak akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.. Manfaatkanlah masa yang kita ada..Sebaik-baiknya.. Takbir! ALLAHUAKBAR!!!

Ya Allah! Berilah daku kekuatan

Ya Allah! x tertanggung rasanya bebanan perasaan ini.. Sesungguhnya hanya kau yang maha mendengar & maha mengetahui.. Ya Allah!..berilah daku kekuatan menghadapi ujianmu ini.. Ya Allah! Bukakanlah hati mereka untuk memahami, hati & perasaan ini.. Ya Allah! Berilah daku kekuatan kerna sesungguhnya tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izinMu.. Ya Allah! tenangkanlah hatiku yang kini bergelora.. Kurniakanlah daku setinggi-tinggi kesabaran dari sisiMu.. Tuhanku, hanya kau tempat ku berserah dan mengadu.. Ampuni dosa-dosaku.. Tuhanku.. :'-(

20 September 2008

Umur berkurang setahun lagi..

Harini genap usiaku 28tahun.. huhu.. umur dah berkurang setahun lagi...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, rahmatilah usiaku yang telah lalu, lindungilah perjalanan hidupku untuk usia yang akan datang, hingga tibanya masaku untuk bertemu denganMu..."

Ni kek ulangtahun kelahiran tahun ini.. Alhamdulillah.. sedap.. siap dgn lilin lagi tu.. tu cara susun lilin sendiri..hehe... nak letak atas kek mcm xmuat kan... hehe..

06 September 2008

Cerita disebalik perjalanan kerjayaku

Dulu, masa habis je belajar kat U, semua orang sibuk suruh cari kerje. Kalau orang tak suruh pun memang dengan kesedaran sendiri kene cari kerja. teruk sangat lah kalau tak kerje. iye lah, dah la duduk KL, duit belanje masing menagih dari keluarga. Masa tu kerja kat mana-mana pun ok la asalkan tak melanggar syariat dan prinsip..hehe..ada prinsip dalam mencari kerja..

dapat keje kontrak di JPA sebagai pekerja khidmat singkat. kontrak 6 bulan. Alhamdulillah belajar perkara baru. Pendedahan awal dalam dunia perkerjaan.. walaupun ada kawan2 yang kata macam kene buli, tapi terimalah dengan Redha..memang dah kerje kita..yakin pasti ada hikmahnya..

tamat kontrak 6 bulan, sementara tunggu dapat sambung ke tak, kerja sebagai cikgu di Sri ABIM johor bahru.. masa ni insafi diri yang aku tak mampu nak jadi cikgu.. bukan kerana tahap pendidikan, tapi memang tak layak kot..tiap-tiap hari stress sebab nak kene mengajar, sediakan rancangan mengajar, berhadapan dengan anak-anak bangsa.. baru lah tahu bukan mudah nak jadi cikgu ni sebenarnya.. lebih-lebih lagi untuk menjadi guru yang sebenar-benarnya yang boleh di panggil sebagai "Pendidik"... tahan jadi cikgu ni sebulan je, pastu berhenti sukarela..hehe..

tamat kerjaya sebagai guru, kembali ke KL dengan cerita yang tersembunyi hikmah yang amat besar dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan..

Menginsafi diri sebagai hamba yang tak terjangkau dek fikiran kita hikmah atas sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang bile kita hadapinya hari ini, dan kita persoalkan kenapa kita harus menempuh dugaan itu, namun hakikatnya jauh dihadapan sana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..sesungguhnya peristiwa itu hanyalah titik tolaknya..

Kembali ke KL dengan tujuan menyambung kontrak, tapi bukan itu yang diaturkan oleh Allah untukku.. ditakdirkan aku mengikuti kursus Graduate Reskilling Scheme (GRS) bersama seorang sahabat. Tika itu Allah menguji kesabaran kami belajar, memperbaiki diri dalam bidang kami dan memperteguhkan persahabatan kami... 6 bulan berhempas pulas, mengorbankan waktu hujung minggu dan cuti untuk kelas..

Tiba waktu untuk praktikal selama 6 bulan. Pada awlnya resah kerana tak dapat tempat praktikal, namun Alhamdulillah, Allah telah mengatur semuanya. Diminta menggantikan tempat seorang rakan sekelas yang mendapat tempat kerja baru. Praktikal di KL, syarikat salah seorang instructor yang mengajar Java. Di situlah aku belajar menjadi pekerja yang lebih mahir dalam banyak perkara yang aku sendiri suatu masa dahulu tidak sangka aku mampu melakukannya.. bekerja berhempas pulas. Membuat sejarah tersendiri yang tak munkin aku lupakan...

Setahun setengah aku bekerja di situ, menimba ilmu dan pengalaman yang amat banyak. Terima kasih pada bos2 yang amat membantu, meskipun berlainan bangsa, namun mereka adalah bos yang sangat baik.

Kemudian aku beralih ke syarikat di mana aku bekerja sekarang. Syarikat bumiputera. Dah lebih 2 tahun aku disini. Tepatnya 2 tahun 3 bulan.. Akan dtg x pasti lg di mana aku akan berada.. namun setakat ini aku belum ada hati untuk beralih tempat kerja. cukuplah dengan apa yang aku ada..cukuplah mengejar dunia..kini tiba masa untuk aku memandang pada diri, menginsafi nikmat Ilahi, menyempurnakan apa yang sepatutnya aku sempurnakan.. itulah perjalann kerjaya ku yang panjang, namun hikmahnya amat menginsafkan bagi mereka yang mahu berfikir.. Wallahu'alam...

HuJan

Sekarang ni musim hujan.. hampir setiap hari hujan turun.. bak kata ofismate "at least tak la panas sangat bulan puasa ni".. ye.. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. saat menaip ni pun kat luar tu nampak mendung.. awan hitam dah sarat macam tak sabar-sabar nak memuntahkan air membasahi bumi..

dari dulu memang sangat suka melihat hujan.. bile petir memanah tu terasa maha Agung dan Maha Hebatnya Allah.. bila hujan turun dengan lebat dan memukul tingkap bilik tingkat 3 ni, terasa diri ini kerdil sekali.. indah hujan ciptaan Tuhan.. sesungguhnya tiada suatupun ciptaanNya yang diciptakan sia-sia..

Ahlan ya Ramadhan!!

Ahlan ya Ramadhan!! Ahlan ya Ramadhan!!

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah mengizinkan aku menemui sekali lagi Ramadhan.. bulan yang mulia..penuh keberkatan.. ganjaran pahala amalan berlipat ganda.. bulan yang padanya ada malan lailatulQadar.. malam yang lebih baik dari seribu malam.. Subhanallah.. Syukurku pada Allah.. Tuhanku.. yang Maha Agung.. Maha Esa dan Maha Kuasa..

Ya Allah!
Dengarlah rintihan hambaMu ini..
Inginku kembali kepadaMu,
Kembali merebut redhaMu,
kembali menggapai cintaMu...
Membasuh kaki penuh lumpur..
dosa dan noda..

Ya Allah,
Kurniakanlah daku cintaMu,
Kurniakanlah daku cinta orang yang mencintaiMu,
Kurniakanlah daku cinta kepada amal yang membawa kepada cintaMu..

Ya Allah,
Ramadhan yang penuh barakah ini,
Bantulah daku mengisi piala hati ini dengan keindahan tawakkal padaMu..
Bantulah daku mengisi ruangan jiwa ini dengan kecintaanMu..
Bantulah daku mengisi hidupku dengan tawakkal kepadaMu..
Moga pabila berlalunya Ramadhan..
Aku masih mampu berdiri..
Melangkah & berlari ke arahMu..
Tuhanku..

Ya Allah,
Dunia ini racun dalam hatiku,
Melalaikan aku dari mengingati & mendekatkan diri padaMu..
Permudahkan lah urusan ku..
Ingatkanlah daku selalu..
Agar kejab dalam hatiku CintaMu..
Aku Redha taqdirMu..
Aku Redha menghadapi UjianMu..
Kerana ku tahu.. keredhaan itu membawa kepada CintaMu..
Tuhanku..

Hidup & Ujian

Hmm...lama dah tak menulis dalam blog nih.. tak rajin dan tak de idea..tapi hari ini terasa ingin melontarkan sesuatu di sini..

Hidup ini dan ujian adalah suatu yang tak dapat dipisahkan.. keyakinan bahawa ujian itu tanda kasih sayang Allah membantu kita untuk menghadapi ujian dengan tabah dan redha. Keyakinan bahawa ujian yang datang sesuai dengan kemampuan kita membantu kita untuk menghadapinya dengan semangat yang kental dan minda positif bahawa ujian itu akan berlalu dan kita pasti dapat mengatasinya.. ya..positive thinking..

"Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu. Kerana sesungguhnya sesduah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan ituada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

-Surah Al-Insyirah (Ayat 1-8)-

Subhanallah.. bukankah jelas petunjuk Allah dalam surah ini.. Surah yang seharusnya menjadi sumber motivasi kita.. Tekad untuk berusaha bersungguh-sunggu kerana itulah tuntutan Allah..dan yakinlah janji Allah itu pasti..janji Allah itu pasti.. "Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan".. dan tidak lupa..setelah berusaha bersungguh-sungguh itu hendaklah kita kembalikan segalanya kepada Allah..meletakkan pengharapan hanya pada Allah.. zat yang maha kuasa.. tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah.. Subhanallah..


Wahai diri yang selalu terleka..
wahai jiwa yang sering terlalai..
kembalilah ke jalan Tuhanmu..
moga langkahmu diredhai..
moga hidupmu disinari cahaya petunjuk Ilahi..
berusahalah merebut cinta Ilahi..
kerana itu cinta yang hakiki..

30 June 2008

KBM dihatiku

Setelah berbulan bertungkus lumus dgn pelbagai ujian dan cabaran, akhirnya jawatankuasa reunion dgn izin Allah berjaya melaksanakan program Alumni KBM 2008. Kebetulan pula program reunion kali ini selang 5 tahun selepas program reunion terakhir pada tahun 2003. Walaupun kehadiran separuh dari sasaran, tapi Alhamdulillah, alumni KBM yang hadir merentasi semua generasi.. bermula dari awal penubuhan KBM hinggalah generasi yang kini berada dalam KBM...

Kalau nak cerita perit getir menjadi jawatankuasa penggerak nih, boleh jadi novel la kot..tapi yang manisnya adalah bile jumpe kembali kawan2 yang dah lama x jumpe. Ni la kelainan dlm KBM.. Ukhuwwah fillah abadan abada... selama2nya.. walaupun terpisah jauh, namun hati tetap bersatu... walauupun tidak pernah bertemu, namun ukhuwwah kerana Allah itu membuatkan rasa seperti telah lama kenal. Tidak ada masalah untuk beraktiviti bersama.

InsyaAllah sahabat2 semua..semoga Allah izikan kita bertemu lagi di masa akan datang.. munkin lg 3 tahun, apabila KBM menjangkau usia 2 dekad. Wallahu'alam.

23 February 2008

hari ini

hari ini, hari sabtu 23, februari 2008. Xde pape yang menarik nak dikongsikan. bukannya pandai nak kongsi cerita pun.. cume harini otak terasa agak keletihan... kebelakangan nih banyak keje & banyak bende berlaku...

baru-baru nih, embah sakit. Xboleh bangun, xboleh cakap... semua adik beradik balik kampung. kebetulan cuti raya cina masa tu... meriah macam raya kita plak... sedara-sedara sebelah embah pun ramai yang datang ziarah.. alhamdulillah, berkat doa semua, perkembangan embah semakin baik. Dah boleh bercakap, boleh duduk sendiri, cume nak berjalan tu masih kene papah... tadi baru je call mak, tanya perkembangan embah... mak kata macam tu la.. klau ada selera makan dia makan la... boleh duduk, tapi nak berjalan kene papah... sabar lah emak yer.. sesungguhnya Allah akan balas segala kebaikan emak pada embah... embah, dah berumur hampir 90 tahun.. semoga Allah panjangkan usia embah dalam rahmat dan kasih sayangnya.... di beri kesihatan sebaik-baiknya... sebelum ni kalau balik kampung je, mesti dapat at least 1 round urut dgn embah. Embah dah x larat nih, urut diri sendiri je ler...

embah dah x bole melihat... kesian embah.. kalau duduk depan tv, tv tu jadi radio la kiranya untuk embah sebab embah boleh dgr bunyinyer aje..

apa-apa pun, didoakan supaya embah beroleh kesihatan, insyaAllah... AMIN... i luv you my dear embah... hehehe... speakang omputih dgn embah...

18 May 2006

pEsaNan bUat tEMaN

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha
yang seperti sia-sia…
Allah tahu betapa kuat kau sudah berusaha

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu
masih terasa pedih…
Allah sudah menghitung air matamu

Ketika kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak
tahu hendak berbuat apa lagi…
Allah mempunyai jawapannya

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang membuatkan
kau rasa tertekan…
Allah bersamamu menenangkanmu

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau
bersyukur…
Allah telahpun memberkatimu

Ketika Sesuatu yang indah terjadi dan kau
mengingati-Nya…
Allah akan tersenyum kepadamu

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan
mimpi untuk dikecapi…
Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
namamu.

Oleh itu ingatlah dimanapun kau berada…dalam
situasi apapun…
Allah mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu.

[
pkpimsiber]

15 May 2006

6 pErsoALan HiDUp : imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al-Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al-A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan dan mengejar kekayaan dunia, pekerjaan kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan angkuhnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

oleh : Imam Ghazali

Nokhtah Persahabatan


"Tiada Ungkapan 'PERPISAHAN' dalam PERSAHABATAN walaupun maut menjadi nokhtahnya... kerana seorang 'SAHABAT' itu terlalu istimewa dalam doa 'SAUDARA'nya yang lain biarpun tanpa bayangnya "

PASTI...

Pada satu masa yang ditetapkan, kita pasti dirisik. Pertunangan sejak azali... di hujung hidup nanti berlangsungnya perkahwinan dengan maut, hantarannya sakit dan nazak. Tamu bertandang menghadiahkan tangisan. Pengantin dimandikan, di pakaikan baju putih... wangian gaharu cendana jadi pelamin. Pengantin bersanding sendirian...di arak keliling kampung.. berkompangkan azan dan kalimah kudus... akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang lahad bersaksikan nisan-nisan. Siraman mawar keluarga terdekat.. malam pertama bersama kekasihnya berdindingkan tanah dan menuntut janji pernikahan...

mari kita renungkan..

Salam Ukhuwwah Mahabbah Fillah


"UKHUWWAH itu di HATI..
Andai bersendirian pasti IA menemani..
Setiap yang manis mampu dikenangi..
Walau tiada di mata kini...
IA hadir bila diingati...
Kerana selamanya IA..
Kekal di dasar HATI.."