17 September 2013

B-Complex

Asid Folik shaklee dihasilkan secara semulajadi dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari



Manfaat Utama:
  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Membaiki masalah rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengkalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkakasan memori dan daya pemerhatian/fokus
  • Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kerdiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), menjegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan
Cadangan Penggunaan:
Untuk kesihatan berpanjangan   : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan  : 2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

Soalan Lazim: Mengapa urin menjadi kekuningan?
Jawapan: Ini merupakan situasi normal kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa


Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

16 September 2013

Imuniti dan Nutriferon

Mari berkenalan dengan Nutiferon Shaklee::
 Nutriferon merupakan ekstrak daripada 4 tumbuhan iaitu biji labu, Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago. Ia mempunyai kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakan ialah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Nutriferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herper dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula ia terbukti berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit

Manfaat Utama:
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari - Ianya adalah interferon semulajadi. Kajian menunjukkan interferon mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh
  • Melawan kanser & tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemmoterapi
  • Melindungi dari influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza
  • Meringankan stress dan kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk
  • Melambatkan penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akanmengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatits B & C
  • Menopaus - Hypertensi , tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik
  • PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing

Cadangan Penggunaan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 paket sehari (tuang kedalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa)
Untuk rawatan influenza dan kanser: 2-3 paket sehari. Lebih baik apabila diambil bersama vitamin c

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

ESP - Energizing Soy Protein


ESP Shaklee dihasilkan daripada kacang soya terpilih yang mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada suhu yang rendah. Setiap 850g ( 1 tin ESP ) dihasilkan daripada 30Kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan boleh bertahan lama..

ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Indek glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39,  menjadikan is sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

1 hidangan ESP bersamaan ~
  • 2 x daging
  • 4 x telur
  • 12 x susu
ESP
  • Rendah lemak
  • Tiada kolesterol
  • Tiada asid uric
  • Sangat mudah diserap oleh tubuh manusia
Manfaat Utama:
  1. Awet Muda ~ Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  2. Baik untuk hormon ~ Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  3. Baik untuk kawalan kanser ~ Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat
  4. Kulit Remaja ~ Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  5. Pembekal Tenaga ~ Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsonia dan tekanan
  6. Membaiki pigmentasi ~ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  7. Membaiki memori ~ Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

Cadangan Penggunaan:
2-3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong), boleh dicampur dengan Mealshake dan Performance Drink)

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.

VITA-LEA IRON FORMULA

Vita -Lea adalah tablet multi vitamin. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.


Ujian klinikal Shaklee membuktikan denganpengambilan Vita-Lea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000

Manfaat:
  • Penambahan tenaga segera ~ Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap nutrisi ~ Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Keupayaan sistem produktif ~ Penting kepada kanak-kanak dan remaka yang sedang membesar
  • Metabolisma ~ Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh ~ Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod
  • Melindungi Organ ~ Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Cadangan Penggunaan:
Untuk kesihatan berpanjangan   : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)
Untuk pembesaran,, kekurangan nutrisi dan tenaga  : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)

Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.


14 September 2013

Vivix dan anti-penuaan sellular

Hari ini saya share beberapa maklumat berkaitan VIVIX


4 mekanisma penuaan pada tahap selular:

1. Kerosakan DNA
Setiap hari setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular

3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
Mitochondria (penjaga tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel

4. Penimbunan berlebihan protin AGE 
Penimbunan berlebihan protin AGE (advances glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel. Ramuan Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE

Vivix juga menolong menjaga/memelihara:

~ Kesihatan Jantung
~ Kesihatan Otak
~ Kesihatan sistem imun
~ Kesihatan sendi
~ Perlindungan anti-oksidan
~ Peningkatan tenaga pada tahap sellular



Ruj: Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Nota: Kita berusaha untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik dalam masa yang sama pasakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah jualah yang memberi kesihatan itu.. Ketika mengambil apa jua ubat atau makanan tambahan jangan lupa berdoa memohon kesihatan dari yang Maha Memberi.. ;)

.:: Jom lebih Sihat::.



06 September 2013

Jantung dan Co-Enzyme Q10

 Hari ini mari kita ambil tahu tentang Co-Enzyme Q10

Apa itu CoQ10?
CoQ10 adalah nutrient larut yang ditemui dalam setiap sel dalam badan manusia. Ia memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga di dalam mitochondria, yang bermaksud ia membantu membekalkan tenaga kepada semua bahagian tubuh. Tambahan CoQ10 mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan:
Jantung yang lebih kuat dan lebih sihat
CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga bagi otot jantung, meningkatkan kekuatan mengepam. Kajian menunjukkan Co-Q10 boleh memperbaiki peredaran darah.

Tekanan darah dan kolesterol yang lebih sihat
Kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Bertindak sebagai anti-oksidan yang berkesan. CoQ10 menghalang pengoksidaan  kolestrol LDL yang tidak baik, jadi ia tidak menempel dan menyumbat saluran darah

Meningkatkan Tenaga
CoQ10 juga boleh meningkatkan paras tenaga, meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan. Kajian menunjukkan tambahan CoQ10 setiap hari boleh melegakan 90% daripada gejala keletihan

Kecerdasan Mental
CoQ10 memberi tenaga kepada sel-sel otak yang membantu meningkatkan kecerdasan mental, keupayaan memori dan kognitif. Kajian menunjukkan penambahan CoQ10 boleh mengurangkan kekerapan migrain, sakit kepada dan rasa loya

Kulit tampak lebih muda
CoQ10 memperbaiki aliran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan nutrisi untuk memperbaiki, meremajakan dan menghasilkan kolagen. Ini membantu menggalakkan kulit yang lebih tegang, cerah dan berseri

Meningkatkan kesuburan
CoQ10 mengurangkan tekanan oksidatif yang dibuktikan mewujudkan persekitaran lebih sihat untuk meningkatkan kiraan, pergerakan dan kualiti sperma. Ia juga boleh memperbaiki kualiti ovum wanita.


CoQHEALTH PLUS Shaklee
~ mempunyai campuran proprietari semulajadi 28mg CoQ10 ditambah dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau yang membantu penghasilan tenaga untuk menguatkan jantung anda

~ Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul bioavailable dengan sistem penghantaran minyak soya untuk memastikan pembubaran maksimum untuk penyerapan yang lebih baik

~ semulajadi

Kelebihan:
~ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
~ Menggalakkan saluran darah yang sihat
~ Memperbaiki peredaran darah


..:: Jom lebih sihat ::..


05 September 2013

~ Dari pengguna kini menjadi pengedar ~

Ok... 
sudah agak lama jugak tak post dalam blog nih.. Setelah beberapa bulan nih, yang terkini yang ingi dikongsikan adalah status tambahan selain sebagai anak kepada mak dan arwah bapak yang amat disayangi, adik, kakak ,makcik dan nenek sedara ;) dalam sebuah famili besar yang sangat osem, isteri kepada seorang suami yang penyayang, ummi kepada 2 orang puteri solehah yang menyejukkan hati, majikan kepada diri sendiri... dan yang terkini setelah beberapa bulan menjadi pengguna kini menjadi pengedar berdaftar Shaklee, sebuah syarikat yang mengeluarkan supplemen dari US... Ok, intro je dulu.. Nah, ni bisnes kad versi 1.0 .. hehehe.. hubungi saya untuk mendapatkan maklumat dan pembelian produk secara online mahupun c.o.d area shah alam, subang, damansara.. 



p/s: Masih dalam proses menambah ilmu pengetahuan mengenai makanan tambahan dan kesihatan diri.. asyik belajar tentang kesihatan komputer je kan..hehe... Jom tambah ilmu. Mudah-mudahan dengan kesihatan yang baik membantu kita untuk lebih mendekatkan diri dengan al-Khalik

~R4BIA~ 
Mari doakan untuk saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Mesir dan di seluruh dunia am nya...

21 January 2013

PHP - SSL - LDAP

berhari-hari bertungkus lumus setup server untuk bind php dengan active directory over ssl.. sebelum ni buat guna server 2003, aku hanya berjaya selepas seminggu tungkus lumus, tapi aku tak buat nota macamana aku berjaya buat. bila nak deploy ke server 2008, terpaksa makan masa seminggu lagi untuk berjaya bind.. sangat membuang masa rasanya sebab kesilapan aku hanyalah kerana terlepas 1 step terakhir. hikmahnya aku dah hafal dah step nak configure CA dalam server 2008 sebab banyak kali add dan remove... atas kesedaran ini, aku nak muatkn nota langkah-langkah yang aku buat ni dlm blog yang dah bersawang ni.. mana tau boleh membantu mereka yang ada masalah macam aku.. err... tapi macam tengah banyak kerja kan.. so aku masukkan dulu link yang aku refer.. lain kali la baru aku detailkan apa yang aku buat.. moga-moga aku masih ingat stepnya la..

1. http://www.christowles.com/2010/11/enable-ldap-over-ssl-ldaps-on-windows.html

2. http://greg.cathell.net/php_ldap_ssl.html


~nevergiveup~

18 March 2012

setahun tak update blog

wah! setahun rupanya blog bersawang.. memang bukan orang yang suke menulis.. segalanya tertulis dalam hati.. chewah!.. setelah setahun berlalu, entry terakhir tentang hanis.. entry terkini tentang puteri kedua lah pulak.. ;)

26 November 2010

Indahnya menjadi Ummi...

Indahnya menjadi ummi.. melihat anak membesar depan mata.. meskipun jarang ummi coretkan di sini, namun kenangan terindah bersamamu tetap di hati ummi.. melihat Hanis lahir ke dunia.. membesar dengan sihat dan sempurna.. melihat hanis senyum dan tertawa.. menangis... melihat hanis pandai meniarap.. pandai bergolek.. bermain walaupun hanya dengan botol bedak.. melihat hanis pandai merangkak.. berdiri.. bertatih & bejalan... melihat perkembangan emosi mu... indahnya menjadi ummi.. dan ummi sangat-sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan ummi anak yang mudah untuk di jaga.. tidak banyak kerenah... semoga Hanis terus membesar menjadi anak solehah.. penyejuk hati ummi & abah..

26 August 2010

permata hatiku :: Siti Nur Hanis ::

Hanis,
Anak ummi sayang.. sudah setahun umur mu pada 1 ogos lalu.. begitu cepat masa berlalu... melihat perkembanganmu... sejak dirimu dalam kandungan lagi... membesar.. dan akhirnya lahir ke dunia... dan kini sudah mencecah setahun.. Alhamdulillah...
...........................................................
PENGALAMAN MENGANDUNG
...........................................................
Ummi masih ingat, masa tu ummi pergi majlis tunang ummi aini.. balik dari majlis tu ummi & abah terus balik ke melaka untuk sambut raya haji di melaka. Masa tu ummi sakit-sakit kepala.. Esoknya ummi & abah pegi ziarah ke rumah mak uda di muar... balik dari muar, ummi rasa perut macam x sedap... mula dari haritu kurang sket selera nak makan.... bila start keje, ummi muntah kat ofis.. nasib baik masa tu tak ramai orang sebab ramai yang bercuti raya haji.. esoknya ummi amik mc & ikut abah gi outstation kat sg. besar.. rumah ummi aini... sempat lagi gi memancing.. dapat juga ikan keli seekor... masa tu pak usu dapat udang.. ummi pun dapat udang... anak udang... tu la kali terakhir ummi gi memancing sebelum tahu ummi mengandung.. seminggu lepas tu bila makin kerap muntah-muntah baru ummi check & disahkan mengandung... :)  Gembira? Mestilah gembira... :))
.
Ummi alah agak teruk.. berat ummi turun 10kg.. Mana tak nye.. tak bole nak makan nasi.. makan roti je.. minum soya.. makan tau fu fa... sume yang rasa plain2 je.. yg pedas pun ummi tak makan sangat... paling best, chicken chop.. he3.. yg tu memang boleh makan.. he3...
...................................................
PENGALAMAN MENGIDAM
...................................................
Ummi tak ingat kalau ummi ada mengidam apa-apa.. Tapi ummi ingat ada satu malam tu ummi mintak abah belikan roti sadin gardenia... dan nak dijadikan cerita, sebanyak-banyak kedai runcit & stesen minyak kat serdang ni, tak de satu pun yang ada roti tu.. abah jumpa kat stesyen minyak kat taman equin... he3..
ada satu lagi.. yg ni pun ummi tak sure ummi ngidam ke tak.. ummi nak makan dadih.. ummi pesan abah belikan pas solat jumaat, sebab abah biasa belikan kat gerai kat situ.. tapi hari tu tak dapat.. pas tu mana-mana pegi cari dadih.. sampai ke sg. besar cari dadih.. he3.. akhirnya, abah belikan dadih segera, buat sendiri.. buat banyak.. dapat mkn sket pun dah puas hati.. he3...
.........................................................
PENGALAMAN MELAHIRKAN
.........................................................
ummi masih ingat lagi, hari jumaat tu, darah tanda dah keluar.. ummi g check, doktor kata baru 1 cm.. ummi boleh balik.. balik dari hospital ummi sempat lagi pergi tempat client selesaikan server dengan ditemankan abah... masa tu dah terasa sakit, tapi memandangkan ummi tiada pengalaman, ummi tak tahu pun tu sakit nak bersalin... ummi ingatkan sakit sebab berdiri lama.. balik dari ofis client, sakit makin kerap.. berdebar jugak rasanya.. pkl 4++ pagi, ummi call mak ita, siap tanya macamana rasa sait nak bersalin.. sebenarnya masa ummi g check semalam tu ummi kene marah dengan doktor sebab tak tau sakit kontraksi macamana.. nak je ummi cakap kat doktor tu, ni pengalaman pertama ummi... tapi ummi malas nak layan... sebab tu ummi tanya mak ita.. takut nnt kene marah dengan doktor lagi.. bila call mak ita, mak ita suruh pergi hospital.. dia dengar suara ummi pun dia dah tahu ummi dah sakit nak bersalin... tapi ummi tak terus pergi.. ummi tunggu subuh, lepas solat baru ummi pergi... berbekal doa semoga segalanya dipermudahkan Allah...
.
Sampai hospital ummi kene menunggu sebab bilik bersalin penuh.. kebetulan anak ummi sayang, masa tu memang ramai orang bersalin..sampai katil & wad pun penuh.. ummi dah tak berapa ingat macamana sakit bersalin tu... tapi bergolek-golek jugak la ummi atas katil tu.. bila bukaan 8cm & dah ada bilik bersalin yang kosong, baru doktor pecahkan air ketuban.. bibir ummi tak lekang berselawat & baca doa nabi yunus.. ummi disorong masuk bilik bersalin.. tu la pengalaman pertama ummi disorong kat hospital.. alhamdulillah tak lama ummi ambil masa untuk lahirkan Hanis.. ummi masuk bilik bersalin pukul 9, tunggu bidan, pukul 9.14 Hanis selamat di lahirkan... tau tak, Hanis lahir dah pandai mencebik... bile menangis je macam sebut ummi.. :)
3 jam juga ummi tunggu dalam bilik bersalin tu sebab kat wad takde katil kosong.. naik lenguh badan...
...........................................................
PENGALAMAN MENYUSUKAN
...........................................................
bile nak naik bilik, nurse letak hanis kat sebelah ummi suruh ummi susukan hanis.. tapi ummi tak de pengalaman.. tak reti nak susukan.. tapi ummi cuba lah jugak.. tak tau la hanis dapat susu ke tidak masa tu..
naik ke wad, ummi dapat katil tambahan.. paling tepi, dekat dengan tingkap... maktok kulai, datuk & nenek melaka datang melawat Hanis.. tapi masa tu Hanis tido je... mak ita & family, pakcik apoi & family datang melawat, ummi aini & pakcik helmy pun datang melawat juga... ummi cuba-cuba jugak menyusukan hanis. Susah juga rasanya masa tu.. ye lah.. tak de pengalaman lagi katakan...
............................................................
PENGALAMAN HARI PERTAMA
............................................................
Alhamdulillah, Hanis tiada masalah... Hari yang sama juga kita dapat balik. Mungkin sebab terlalu ramai orang, diorang pun lepaskan balik mana-mana yang tak bermasalah... Seronok dapat balik haritu.. malam tu pengalaman pertama ummi menjaga hanis.. menyusukan.. Alhamdulillah, hanis tak de masalah nak menyusu..
Pagi esoknya, maktok kulai mandikan hanis.. ummi belum pandai lagi.. pagi tu jugak kita bertolak balik ke kulai... ummi berpantang di kulai.. singgah di melaka menghantar Datuk & Nenek melaka.. Sempat singgah rumah pak long yazid & mak long aisyah... Sampai kulai sekitar tengahari... Lapar rasa masa tu... Maktok masakkan nasi & lauk untuk ummi.. Kalau tak silap ummi masa tu sayur bening sawi.. maktok kata bagus untuk  banyakkan susu... seronok rasa.. ummi dapat menikmati semula makan nasi setelah hampir 9 bln tak boleh makan nasi... he3... ummi ni memang hantu nasi... Hanis tido je.. bangun sekejap-sekejap je menyusu pastu tido balik.. Alhamdulillah.. tak susah menjaga anak ummi ni...
..............................................................
sambung dalam post akan datang yek :)
..............................................................

lamanya tak update blog...

 lamanya tak update blog... xde idea nak menulis.... akan cube untuk kembali mencoretkan sesuatu di blog ini...

20 January 2009

Sahabat (UNIC)

Lama dah x menulis dalam blog ni... dah lama x update... macam2 cerita nak cerita.. yang pasti tengahari ni xsempat nak update cerita banyak2 tu.. cume terngiang2 kat telinga nasyid yg satu nih... rindu pada sahabat2 lama.. di KBM.. kenangn terindah zaman universiti.

Sahabat
*Ku biar kalam berbicara
Mengurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Illahi


Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan dijiwa
Tak pernah ku ingini


Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Munkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman maafkanlah diriku


**Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya


“Sahabat
Pertemuan & perpisahan
Adalah ketentuan Ilahi
Semoga kita terus berada dibawah naungan rahmatnya”


Aku tidakkan berdaya menahani badai rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Munkin ada rahmat yg tersembunyi

** Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya


* Ku biar kalam berbicara
Mengurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Illahi

07 October 2008

Salam Eidulfitri

Salam eidulfitri kepada semua muslimin & muslimat di mana sahaja berada..
Semoga kemeriahan syawal ini mengeratkan lagi tali silaturahim antara kita..

23 September 2008

life

Didalam menjalani hidup didunia,
Tiada terlepas dari pancaroba,
Kita yang diciptakan dengan kelemahan,
Perlukan petunjuk panduan Tuhan,
Tiada yang berkuasa melainkan dia,
Mentadbir menentukan segalanya

Meniti 10 terakhir Ramadhan

Mari! kita rebut kebaikan ibadah 10 terakhir Ramadhan.. Kita jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas.. Kita jadikan Ramadhan kali ini terbaik, laksana kita tak akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.. Manfaatkanlah masa yang kita ada..Sebaik-baiknya.. Takbir! ALLAHUAKBAR!!!

Ya Allah! Berilah daku kekuatan

Ya Allah! x tertanggung rasanya bebanan perasaan ini.. Sesungguhnya hanya kau yang maha mendengar & maha mengetahui.. Ya Allah!..berilah daku kekuatan menghadapi ujianmu ini.. Ya Allah! Bukakanlah hati mereka untuk memahami, hati & perasaan ini.. Ya Allah! Berilah daku kekuatan kerna sesungguhnya tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izinMu.. Ya Allah! tenangkanlah hatiku yang kini bergelora.. Kurniakanlah daku setinggi-tinggi kesabaran dari sisiMu.. Tuhanku, hanya kau tempat ku berserah dan mengadu.. Ampuni dosa-dosaku.. Tuhanku.. :'-(

20 September 2008

Umur berkurang setahun lagi..

Harini genap usiaku 28tahun.. huhu.. umur dah berkurang setahun lagi...

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, rahmatilah usiaku yang telah lalu, lindungilah perjalanan hidupku untuk usia yang akan datang, hingga tibanya masaku untuk bertemu denganMu..."

Ni kek ulangtahun kelahiran tahun ini.. Alhamdulillah.. sedap.. siap dgn lilin lagi tu.. tu cara susun lilin sendiri..hehe... nak letak atas kek mcm xmuat kan... hehe..

06 September 2008

Cerita disebalik perjalanan kerjayaku

Dulu, masa habis je belajar kat U, semua orang sibuk suruh cari kerje. Kalau orang tak suruh pun memang dengan kesedaran sendiri kene cari kerja. teruk sangat lah kalau tak kerje. iye lah, dah la duduk KL, duit belanje masing menagih dari keluarga. Masa tu kerja kat mana-mana pun ok la asalkan tak melanggar syariat dan prinsip..hehe..ada prinsip dalam mencari kerja..

dapat keje kontrak di JPA sebagai pekerja khidmat singkat. kontrak 6 bulan. Alhamdulillah belajar perkara baru. Pendedahan awal dalam dunia perkerjaan.. walaupun ada kawan2 yang kata macam kene buli, tapi terimalah dengan Redha..memang dah kerje kita..yakin pasti ada hikmahnya..

tamat kontrak 6 bulan, sementara tunggu dapat sambung ke tak, kerja sebagai cikgu di Sri ABIM johor bahru.. masa ni insafi diri yang aku tak mampu nak jadi cikgu.. bukan kerana tahap pendidikan, tapi memang tak layak kot..tiap-tiap hari stress sebab nak kene mengajar, sediakan rancangan mengajar, berhadapan dengan anak-anak bangsa.. baru lah tahu bukan mudah nak jadi cikgu ni sebenarnya.. lebih-lebih lagi untuk menjadi guru yang sebenar-benarnya yang boleh di panggil sebagai "Pendidik"... tahan jadi cikgu ni sebulan je, pastu berhenti sukarela..hehe..

tamat kerjaya sebagai guru, kembali ke KL dengan cerita yang tersembunyi hikmah yang amat besar dalam perjalanan kerjaya dan kehidupan..

Menginsafi diri sebagai hamba yang tak terjangkau dek fikiran kita hikmah atas sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang bile kita hadapinya hari ini, dan kita persoalkan kenapa kita harus menempuh dugaan itu, namun hakikatnya jauh dihadapan sana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..sesungguhnya peristiwa itu hanyalah titik tolaknya..

Kembali ke KL dengan tujuan menyambung kontrak, tapi bukan itu yang diaturkan oleh Allah untukku.. ditakdirkan aku mengikuti kursus Graduate Reskilling Scheme (GRS) bersama seorang sahabat. Tika itu Allah menguji kesabaran kami belajar, memperbaiki diri dalam bidang kami dan memperteguhkan persahabatan kami... 6 bulan berhempas pulas, mengorbankan waktu hujung minggu dan cuti untuk kelas..

Tiba waktu untuk praktikal selama 6 bulan. Pada awlnya resah kerana tak dapat tempat praktikal, namun Alhamdulillah, Allah telah mengatur semuanya. Diminta menggantikan tempat seorang rakan sekelas yang mendapat tempat kerja baru. Praktikal di KL, syarikat salah seorang instructor yang mengajar Java. Di situlah aku belajar menjadi pekerja yang lebih mahir dalam banyak perkara yang aku sendiri suatu masa dahulu tidak sangka aku mampu melakukannya.. bekerja berhempas pulas. Membuat sejarah tersendiri yang tak munkin aku lupakan...

Setahun setengah aku bekerja di situ, menimba ilmu dan pengalaman yang amat banyak. Terima kasih pada bos2 yang amat membantu, meskipun berlainan bangsa, namun mereka adalah bos yang sangat baik.

Kemudian aku beralih ke syarikat di mana aku bekerja sekarang. Syarikat bumiputera. Dah lebih 2 tahun aku disini. Tepatnya 2 tahun 3 bulan.. Akan dtg x pasti lg di mana aku akan berada.. namun setakat ini aku belum ada hati untuk beralih tempat kerja. cukuplah dengan apa yang aku ada..cukuplah mengejar dunia..kini tiba masa untuk aku memandang pada diri, menginsafi nikmat Ilahi, menyempurnakan apa yang sepatutnya aku sempurnakan.. itulah perjalann kerjaya ku yang panjang, namun hikmahnya amat menginsafkan bagi mereka yang mahu berfikir.. Wallahu'alam...

HuJan

Sekarang ni musim hujan.. hampir setiap hari hujan turun.. bak kata ofismate "at least tak la panas sangat bulan puasa ni".. ye.. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. saat menaip ni pun kat luar tu nampak mendung.. awan hitam dah sarat macam tak sabar-sabar nak memuntahkan air membasahi bumi..

dari dulu memang sangat suka melihat hujan.. bile petir memanah tu terasa maha Agung dan Maha Hebatnya Allah.. bila hujan turun dengan lebat dan memukul tingkap bilik tingkat 3 ni, terasa diri ini kerdil sekali.. indah hujan ciptaan Tuhan.. sesungguhnya tiada suatupun ciptaanNya yang diciptakan sia-sia..